“Saya Bersyukur Kerana Terus Disayangi” – SITI NURHALIZA

Majlis sambutan hari jadi Siti Nurhaliza lebih bermakna dengan kehadiran anaknya, Siti Aafiyah

Alhamdulillah… Penyanyi nombor satu negara. Datuk Seri Siti Nurhaliza menyambut hari jadinya yang ke-40 tahun pada 11 Januari baru-baru ini.

Sempena Hari jadi Siti, beberapa stesen radio turut mengadakan segmen khas dan memainkan lagu-lagu Siti sepanjang hari.

Bukan itu sahaja, tiga hash tag berkaitan Siti juga menjadi trending di twitter.

Pada 11 Januari lalu Siti diraikan oleh ahli keluarga, artis-artis, rakan-rakan bisnes dan para media dalam majlis yang cukup meriah di PWTC, Kuala Lumpur. Keesokannya hari jadi Siti diraikan pula oleh kelab peminatnya Sitizoners.

Bertuahnya insan yang bernama Siti Nurhaliza kerana disayangi ramai.

Siti bersama anak, Aafiyah dan suaminya, Datuk Seri Khalid

Cerita Siti Nurhaliza, “saya bersyukur kerana terus disayangi. Ini rezeki yang Allah beri kepada saya. Bukan senang orang nak sayang kita. Kalau orang nak benci tu sekejap saja. Kasih sayang mereka hanya Allah yang mampu membalasnya.

“Saya berharap bakat yang saya ada ini terus membuatkan para peminat saya terhibur dan seronok dengan apa yang saya sampaikan. Apabila mereka terhibur, itu juga sebenarnya hadiah buat saya melihat mereka gembira.”

Lan Solo, Khai Bahar dan Sissy Iman antara artis yang hadir membuat persembahan pada malam sambutan hari jadi Siti pada 11 Januari lalu. 

Luah Siti yang mahu menjadi lebih matang dan berharap segala urusan peribadi dan kerjayanya dipermudahkan.

“Dalam usia 40 tahun ini, saya mahu menjadi seorang yang lebih matang, dikurniakan kesihatan yang baik dan menjadi hamba yang lebih baik kepada Yang Maha Esa.

“Saya bersyukur kerjaya saya masih bertahan sehingga ke hari ini dan fokus utama saya sekarang adalah mahu memberi semula kepada masyarakat dengan membantu mereka melalui program-program yang telah diaturkan.”

Siti bersama sebahagian teman-teman media yang hadir meraikan hari jadinya

Sementara itu, semenjak berkahwin, Siti tidak terlepas ditanya apakah hadiah daripada suami sempena hari jadi.

“Pada akhir tahun lalu sehinggalah awal tahun ini, suami bawa saya dan Aafiyah bercuti di Dubai. Masa dan ruang yang diberikan suami untuk bersama saya itulah hadiah Istimewa. Kasih sayang dan perhatian itu lebih penting dan lagi bemakna jika nak dibandingkan dengan harta benda.”

Jelas Siti yang turut rasa dihargai apaila tiga hashtag namanya trending di twitter pada 11 Januari lalu.

Pasal kerjaya, penyanyi terulung negara ini bakal mengadakan Konsert Datu Sri Siti Nurhaliza On Tour di Indonesia, Singapura, Malaysia dan London.

Dalam Konsert tersebut, Aubrey Suwito sebagai Pengarah muzik dan penyanyi Tulus menjadi artis jemputan

Tiket Konsert Dato Sri Siti Nurhaliza On Tour ini bermula dari harga RM105, RM155, RM255, RM355, RM495 dan RM1295 (meet & greet) boleh didapati menerusi www.mytickets.asia sekarang!

MANGGA doakan Siti terus sukses ya! Amin…