Sandara Park Digilai G-Dragon?

Sandara Park, bekas anggota kumpulan 2NE1 yang menjadi idaman ramai lelaki.

G-DRAGON dari Big Bang ternyata menggemparkan dunia hiburan Kpop apabila tanpa berselindung mengakui menyukai dan mengidolakan, Sandara Park, bekas anggota girl band popular, 2NE1.

G-Dragon mengungkapkan rasa kasih dan sayang itu terang-terangan semasa konsert di Manila, Filipina, baru-baru ini. Kebetulan, Sandara turut berada dalam konsert sama, menemani G-Dragon.

“Dia sangat cantik! Tapi, dia hanyalah ibarat seorang kakak kepada saya. Anda setuju dia cantik, bukan?” luah G-Dragon seperti petikan dari KoreaBoo.

G-Dragon turut mengakui gugup setiap kali membicarakan perihal idolanya itu apatah lagi apabila bertentang mata.

Jelitawan yang poular dengan panggilan Dara itu lahir pada 1984. Sebagai artis senior, dia masih awet muda dan menjadi pujaan ramai lelaki.

Tidak hanya G-Dragon, ada beberapa selebriti lelaki lain turut mengakui menyukai dan terpaut hati kecantikan Sandara Park.

Salah seorang daripadanya ialah Lee Donghae dari Super Junior serta Chanyeol EXO.

G-Dragon