Sammy Simorangkir Kahwin Janda Anak Satu

Sammy dan Viviane hanya undang keluarga dan teman rapat di majlis perkahwinan

SABTU, 22 Julai baru-baru ini, penyanyi Sammy Simorangkir mengakhiri zaman bujang dengan mengahwini Viviane yang juga merupakan janda anak satu.

Viviane adalah mantan isteri Okan Kornelius. Sammy dan Viviane merasmikan hubungan mereka di hadapan paderi di sebuah majlis sederhana di  The Edge Uluwatu, Bali.

Sempena perkahwinan itu juga pelantun lagu hit Sedang Apa Dan Di Mana itu meluahkan rasa cinta terhadap isteri melalui lagu ciptaannya, Tulang Rusuk.

Sammy bekas vokalis Kerispatih, sebelum ini pernah dikenakan tahanan penjara selama beberapa tahun atas penyalahgunaan dadah. Beliau yang bergerak solo juga pernah dikaitkan bercinta dengan seorang personaliti Malaysia.

Sammy Simorangkir cipta lagu berjudul Tulang Rusuk buat isteri