SAJAT Mahukan Yang Terbaik Buat Anak Kembarnya

SAJAT bersama anak kembarnya Syahmi dan Syaza di awal kelahiran mereka

MANGGA kagum dengan sikap usahawan produk terkenal, Nursajat yang gigih dan ikhlas membesarkan kedua-dua anaknya. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan Sajat terhadap anak kembarnya Syahmi dan Syaza.

Luahan Sajat di instagramnya membuatkan ramai artis dan netizen terharu.

Sajat mahukan yang terbaik buat anak-anaknya

Ini luahannya:

“Bukan senang nak menjaga twins (anak Kembar) tau! Sesiapa yang ada anak kembar tu, mungkin pernah mengalaminya.

” Alhamdulillah saya dapat membesarkan anak-anak saya cukup baik sekali, walaupun time (masa) ini saya tak cukup tidur, makan, rehat dan sebagainya.

“Jika kita ada anak ni lain sangat. Tambahan pula anak kembar. Time (masa) anak masih kecil lagi, semua pergerakan terbatas. Nak pergi mana-mana mesti fikirkan anak-anak.

“Yang paling aktif pergerakan adalah Syahmi. Paling diam adalah Syaza. Tetapi kalau kedua-duanya menangis sayalah yang paling noya (pening).

Semoga Syahmi dan Syaza membesar dengan sihat dan berbakti kepada Sajat

“Sekarang anak saya nak masuk empat tahun. Dari mereka ‘merah’ lagi saya dah buat akaun simpanan untuk anak-anak saya. Setiap bulan saya ambil gaji dan simpan sebanyak RM 500 untuk seorang sehinggalah ke hari ini.

“Tidak lupa juga life insurance dan simpanan lebih untuk pendidikan selepas umur 18 tahun nanti.

“Biarlah mereka hidup dengan apa yang saya sediakan. Merekalah segala-galanya.”

Begitulah luahan Sajat. Semoga kesungguhan serta pengorbanan Sajat menjaga anak menjadi contoh kepada kita semua.

Semua manusia ada lebih dan kurangnya. Doakan yang terbaik sesama kita ya!

MANGGA doakan anak-anak Sajat membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta solehah. Amin…

View this post on Instagram

Bukan senang nak menjaga twins tau!!! Sesiapa ada anak kembar tu, mungkim pernah mengalami nya…alhamdulillah saya dapat membesarkan anak anak saya cukup baik sekali… Walaupun time ini saya tak cukup tido, makan, rehat dan sebagai nya.. Jika kita ada anak ini lain sangat.. Tambahan pulak anak kembar… Time anak masih kecik lagi, semua pergerakan terbatas..nak pergi mana2 mesti fikirkan anak anak..yang paling aktive pergerakan adalah syahmi… Paling diam adakah syaza.. Tetapi klu meraka dua menangis!! Saya lah orang paling NOYA!! 😂😂😂😂 Ya allah rindu time ini.. Masa ini saya tak ada products sendiri lagi… Just jual barang jenama lain(products) kat beautician saya.. Now anak saya nak masuk 4 tahun.. Dari mereka merah lagi, Saya dah buat saving account untuk anak anak saya.. Setiap bulan saya ambil gaji saya bagi pada syaza dan syahmi setiap seorang rm500 sampai lah hari ini nak dekat 4 tahun dah.. Ambil insurance life and more to saving for Education,after 18 tahun dia dah boleh guna saving to untuk sambung belajar…saya tak nak nanti, klu jadi apa apa pada saya, saya tak nak anak anak saya terbiar.. Biar lah mereka hidup dengan apa saya sediakan.. Mereka lah segala gala nya.. Walaupun ramai kutuk saya, hina saya, caci saya itu semua saya tak ambil kisah.. Sebab dari dulu, dari kecik saya selalu di ejek dan di buli kerana sifat (khunsa saya).. Tetapi klu pasal anak anak saya… Jangan lah awak hina mereka.. Ibu mana sanggup tengok anak anak kena buli.. Saya sayang mereka lebih segala gala nya.. Walaupun saya kat sini.. Mereka jauh dari saya.. Tetapi hari hari kami video call..abg adik.. Ummi nak balik dah.. Nanti kita tido sama sama yer.. Ummi nak peluk anak anak ummi…tunggu ummi tau syg❤️.😭😢

A post shared by اجرام جت (@nursajat23) on