Saharul Ridzwan Sanggup Tak Dibayar?

Saharul Ridzwan mahu cari kepuasan berlakon filem dan drama aksi

 

PELAKON Saharul Ridzwan pernah disangka sudah tiada tawaran berlakon gara-gara wajahnya jarang muncul di kaca televisyen.

“Ada aja job, hari-hari shooting. Cuma mungkin drama-drama lakonan saya belum banyak disiarkan di TV sebab ikut jadual,” kata bapa kepada bayi lelaki berusia lima bulan, Muhammad Luth Ali kepada Mangga Media.

Beliau sedang  sibuk di lokasi penggambaran drama bersiri Zahir Tak Terucap untuk slot Zehra TV3 bersama Aeril Zafrel dan Raysha Rizrose.

“Saya juga sebenarnya memilih skrip. Saya akan pilih karakter dengan jalan cerita berat dan benar-benar kuat serta mencabar.

“Saya mahu cari kepuasan berlakon, bukan sekadar mahukana bayaran semata-mata.

“Tak kiralah watak serius atau komedi pun, selain lawan lakon kena bagus dan sama-sama ‘memberi’. Drama komedi pun sebenarnya bukan mudah nak bawa.

“Pernah ada tawaran watak dan jalan cerita sama, saya tolak. Saya pun yak mahulah tangkap muat. Saya mahu mempelbagaikan karakter.

“Kalau satu drama ini dah bawa watak cinta, tawaran seterusnya saya cuba elak watak atau jalan cerita sama,” ujarnya.

Bergandingan dengan Aeril Zafrel sebagai adik-beradik di dalam drama Zahir Tak Terucap

Satu perkara yang sangat dinantikannya ialah peluang membawakan watak dalam filem atau drama aksi.

“Saya teringin nak cuba watak aksi yang memerlukan saya harus berlawan betul-betul. Dah lama saya tunggu.

“Tak tahulah… macam tak ada yang beranikah ambil saya pegang watak aksi?

“Sampai satu tahap, walau takda payment (bayaran) pun, asalkan dapat kepuasan melakonkan watak aksi,  saya sanggup terima, asalkanya ianya benar-benar beri kepuasan,” ungkap Saharul yang juga mahu mencuba sekali lagi berlakon teater.

Beliau pernah muncul dalam pementasan teater, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya dua tahun lalu, memegang watak Muluk, sahabat baik watak Zainuddin, lakonan Amar Baharin.