SAFURA bintang pertama terkeluar GV5

NAMPAKNYA penyanyi Safura merupakan bintang pertama terkeluar daripada meneruskan perjuangan dalam Gegar Vaganza musim kelima (GV5) ini. Safura yang ditugaskan menyanyi lagu Diari Biru nyanyian asal Maya memperolehi markah terendah daripada juri.

Sementara itu penyanyi Noryn Aziz mendahului rakan-rakan lain pada minggu kedua ini, diikuti Amelina, Shafie (Rio), Hetty Sarlene, Maya, Billy Zarkarnain, Dia Fadilla, Zamani, Forteen, Farawahida dan Elite.

Perjuangan Safura berakhir pada minggu kedua GV5.
Penerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak diberikan kepada Elite.

Pada minggu kedua ini Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak diberikan kepada kumpulan Elite. Kemenangan ini dipilih oleh peminat secara undian.

Semua bintang diadili juri tetap pengarah muzik tersohor Datuk Ramli MS dan penyanyi terkenal Datuk Khatijah Ibrahim serta juri jemputan pada minggu ini Datuk AC Mizal juga sama seperti minggu lalu. Manakala Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku hos program.

Gegar Vaganza bersiaran di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (123) setiap Ahad, pukul 9.00 malam. Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor.