Ryan Gosling Gugup Dengan Harrison Ford

Ryan Gosling dan Harrison Ford di dalam filem Blade Runner 2049

HERO filem La La land, Ryan Gosling tidak dapat menyembunyikan rasa gugup dan gementar bergandingan dengan aktor senior, Harrison Ford di dalam filem Blade Runner 2049.

Dalam satu acara promosi filem tersebut di San Diego, baru-baru ini, kata Ryan,”Sepanjang penggambaran, saya gugup.

“Rasanya macam semua kemampuan melakonkan aksi sudah hilang. Saya masih tak percaya dapat bergandingan dengan aktor senior ini dalam sebuah filem.

“Saya benar-benar bertuah. Filem ini bakal menjadi sejarah penting dalam karier lakonan saya,” ujar Ryan.

Filem ini sebenarnya merupakan sekuel dari filem asal pada 1982. Bagaimanapun, filem versi baharu ini mempunyai jalan cerita berbeza daripada filem asal.

“Penonton tidak perlu menonton filem asal untuk memahami jalan cerita Blade Runner 2049. Saya jamin, kalian akan puas hati menontonnya kerana jalan cerita sama sekali berbeza,” ungkap Harrison Ford pula.