ROZITA CHE WAN Ditipu RM50 Ribu Individu Berstatus Datuk

PELAKON, model, pengacara dan pengusaha produk minyak wangi, Rozita Che Wan mendedahkan kerugian RM50 ribu ditipu seorang individu bergelar Datuk.

Lelaki sama terlibat kontroversi dengan seorang aktor popular yang baru-baru ini mendedahkan di media sosial kerugian RM100,000 ribu ditipu oleh Datuk tersebut.

“Hal ini berlaku tahun lepas semasa proses mengeluarkan minyak wangi. Berkali-kali minta kembali wang saya tetapi sampai sekarang masih tak dapat.

“Dia melarikan diri dan mendiamkan diri tanpa memandang serius tuntutan saya.  Saya sampai naik penat cuba mencari menuntut hak,” jelas Rozita kepada Mangga Media.

“Ianya berpunca daripada permintaan botol minyak wangi tidak seperti yang dijanjikan oleh Datuk terbabit.

“Saya ingat dia lelaki baik dan boleh dipercayai, tak sangka jahat macam ini sanggup menipu duit orang dan kemudiannya melarikan diri,” luahnya lagi.

Beliau bagaimanapun tidak memanjangkan isu tipu tersebut seperti dilakukan seorang aktor popular.

“Apa yang saya lakukan, saya halalkan sahajalah duit itu. Dia menipu, dia takkan selamat. Saya reda kerana saya yakin akan banyak rezeki lain Allah beri,” ujar Rozita.

Hakikatnya rezeki jelitawan yang mesra disapa Che Ta tidak pernah putus. Rozita dan suami, Zain Saidin ditemui semasa majlis pengumuman sebagai duta umrah bersama syarikat Imtiyaz Travel & Tours di Flora Terrance, Hampshire Place, Kuala Lumpur pada Khamis.

Saban tahun kita akan lihat pelakon, model, pengacara dan pengusaha produk, Rozita Che Wan menunaikan ibadah umrah di kota suci Mekah.

Bagi tahun depan, bintang drama Kiah Pekasam ini melancarkan pakej umrah bersama peminat dari 22 Januari hingga 2 Februari.

Perjalanan yang akan mengambil masa selama 12 bari ini bakal disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik.

Antara akriviti di dalam pakej umrah tersebut, menziarah Raudhah dan Makam Nabi di dalam Masjid Nabawi serta Perkuburan Baqi’.

Begitu juga program ziarah sekitar lokasi bersejarah bandar Madinah seperti Masjid Quba, Maajid Qiblatain, Jabal Uhud dan di Ladang Tamar.

Harga pakej yang disediakan bermula dari RM6,900- RM8,890 untuk silver economy class sementara harga pakej gold business class dari RM8,800-RM10,500.

Menerusi pakej umrah yang dibuka kepada semua peminat, Che Ta turut membawa anak perempuannya di samping 20 ahli keluarga lain.

“InshaaAllah tahun depan saya dan Zain mengerjakan haji pula,” ungkap Rozita kepada Mangga Media.