Reza Rahadian Cuba Jadi Penyanyi

Reza Rahadian berkolaborasi dengan Yura Yunita untuk single duet, Pekat.

DI usia 31 tahun, aktor tersohor Indonesia, Reza Rahadian tidak hanya mahu statik pada cabang lakonan semata-mata.

Bagi pembaharuan dalam karier seni yang sudah melebihi satu dekad, hero filem Habibie & Ainun ini cuba jadi penyanyi.

Beliau memberanikan diri merakam single duet bersama penyanyi Yura Yunita, berjudul Pekat. Single tersebut ternyata sudah semakin heboh diperkatakan di republik tersebut.

Rata-rata peminat fanatik pemilik nama sebenar Reza Rahadian Matulessy itu menyokong penuh percubaannya menceburi bidang tarik suara.

“Kalau ditanya mana satu bidang lebih disukai, saya bokeh jawab kedua-duanya. Bidang lakonan saya masih belum puas.

“Tapi nyanyian, adalah cabang baharu dalam mengembangkan lagi karier seni. Sebagai seniman, saya ngak mahu karier terhenti pada satu cabang sahaja.

“Makanya, lahirlah sinle duet Pekat ini. Lakonan dan nyanyian sebenarnya seiring dan dalam pementasan teater pun ada muzikal yang memerlukan pelakon menyanyi.

“Saya menyukai kedua-dua cabang seni ini dan mahu meneruskannya di masa-masa akan datang,” ujar Reza kepada wartawan semasa pelancaran single duet tersebut di Jakarta, baru-baru ini.

Reza Rahadian pelakon lelaki No. 1 Indonesia.