Real : Babak Ghairah Sulli & Kim Soo Hyun Gagal Box Office?

Kim Soo Hyun dan Sulli dikecam netizen gara-gara babak ghairah dalam filem Real

KHABARNYA banyak adegan ghairah termasuk babak seks lakonan Sulli dan Kim Soo Hyun tidak membantu filem Real mencapai kutipan box office.

Petikan dari Allkpop berdasarkan sumber yang dikeluarkan jawatankuasa perfileman Korea pada 19 Julai, baru-baru ini, jumlah penonton Real tidak sampai 500 ribu orang.

Real hanya ditayangkan di 58 lokasi dalam tempoh empat minggu. Real yang memakan belanja pelaburan sekitar RM44 juta khabarnya hanya mampu meraih kutipan jualan tiket sekitar RM12 juta.

Berdasarkan sumber itu, Real boleh dikatakan menjadi filem terburuk dalam sejarah perfileman Korea Selatan.

Ianya sekaligus membuktikan nama besar pasangan pelakon Sulli dan Kim Soo Hyun tidak mempengaruhi peminat untuk menonton di panggung.