Reaksi Bujang Terlajak Baim Wong Digelar Presiden Jomblo!

JARANG sekali melihat aktor Baim Wong, 36, melatah atau marah-marah setiap kali diusik mahupun dihentam netizen di media sosial.

Pelakon sinetron popular Benci Bilang Cinta selalunya akan kelihatan tenang dan tersenyum sahaja berhadapan apa jua situasi gamat dunia hiburan.

Baim sekali lagi tenang dan banyak berseloroh aabila baru-baru ini dia diberi gelaran Presiden Jomblo! Jomblo dari perkataan Indonesia membawa maksud tiada kekasih atau single.

Reaksi diberikan pemilik nama penuh Muhammad Ibrahim Wong ini menerusi pautan video di Instagram, menunjukkan Baim sedang meminum air terus dari teko air tanpa menggunakan cawan atau gelas.

Sambil itu Baim memuatnaik kapsyen membalas usikan gelaran Presiden Jomblo… “Terima kasih atas penobatannya sebagai Presiden Jomblo.

“TERIMA KASIH !! TERIMA KASIH !! HIDUP JOMBLO .. #ngenes #menderita #sepi #merana #dikamarsendirian #malamminggusendirian #malamjumatketakutan #pengendipeluk #biarkannyamukmenggigit #daripadakesepian,” tulis Baim Wong.

Bagaimanapun, nasib jomblo Baim khabarnya bakal bertukar apabila beliau sudah mengakui sedang rapat dengan seorang model cantik.

Artikel pengakuannya itu pernah disiarkan dalam Mangga Media.