Rasa Teraniaya, Isteri Hafiz Hamidun Tuntut Keadilan

Hafiz Hamidun dan Joy Revfa bernikah pada 1 Mei lalu

ISTERI penyanyi lagu Ketuhanan, Hafiz Hamidun iaitu Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd Amin, 30, menjelaskan tindakannya memfailkan permohonan faraq (pembubaran perkahwinan) di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari  sebagai lanjutan kesangsian suaminya itu terhadap perkahwinan yang mereka bina sejak 1 Mei lalu.

Permohonan dibuat mengikut Seksyen 61 (3)(b)(1) dan Seksyen 62(1)(b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor 2003

Mahkamah menetapkan 14 September depan untuk mendengar permohonan yang dikemukan Joy.

Hafiz dan Joy Revfa diijabkabulkan di Masjid Negeri, Shah Alam pada 1 Mei 2017 dengan sekali lafaz.

Pengusaha produk kosmetik itu mempunyai seorang anak lelaki bernama Arryan Firdaus, 3, hasil perkahwinan pertama yang menurutnya tidak didaftarkan di Malaysia setelah berpisah dua tahun lalu.

“Saya lakukan ini bagi mempertahankan hak sebagai isteri dan wanita yang teraniaya.

“Saya mahu tuntut keadilan, bukannya mahu bergaduh,” jelas Joy kepada pihak media. Sebelum ini mereka saling berbalas-balas komen di media sosial bagi mempertahankan pendirian masing-masing.

“Dia telah mengabaikan saya dan saya rasa macam teraniaya,” luah Joy lagi.

Apa pula komen Hafiz Hamidun selepas ini?