Ranveer Singh Akui Deepika Hebat Bercium!

Ranveer Singh dan Deepika Padukone beri lakonan hebat hingga membuatkan Bajirao Mastani box office pada 2015

 

DALAM satu temubual seperti petikan di The Huufington Post pada Isnin, 31 Julai, aktor Bollywood yang paling laris ketika ini, Ranveer Singh mengungkapkan kekasihnya, Deepika Padukone sangat hebat bercium!

“Saya merasakan Deepika sangat mahir bercium. Saya rasa macam sebuah lagu saat menciumnya semasa adegan filem,” luah Ranveer yang mempamerkan acting hebat bersama Arjun Kapoor dalam filem pecah panggung, Gunday.

Ranveer Singh dan Deepika Padukone dilihat begitu serasi melakonkan karakter pasangan bercinta dalam filem pecah panggung, Bajirao Mastani (2015) sehingga filem tersebut menewaskan Dilwale lakonan Shahrukh Khan dan Kajol Mukherjee dari segi kutipan jualan tiket.

Namun, pengakuan Ranveer itu diiringi dengan gosip kononnya mereka sudah putus cinta. Mereka menyimpan rahsia cinta selama lima tahun.

“Ranveer Singh dan Deepika Padukone telah bercinta sejak lima tahun lalu. Tetapi kini hubungan itu telah putus sejak tahun lepas. Khabarnya, Ranveer sudah mempunyai kekasih lain,” ujar satu sumber.

Ada khabar mengatakan hubungan mereka kandas kerana kekecewaan Ranveer apabila Deepika bermain filem sama dengan aktor Shahid Kapoor.

Ranveer Singh dan Deepika Padukone dalam satu adegan filem Bajirao Mastani