Randy Pangalila Putus Cinta, Orang Ketiga Jadi Punca!

KEHADIRAN orang ketiga dikatakan punca hubungan cinta enam tahun antara pasangan selebriti, Randy Pangalila dengan Michella Putri kandas di tengah jalan.

Sejak tiga bulan lalu, pelakon dan penyanyi popular Indonesia itu mengakui sudah kembali single.

“Bukan hal mudah melupakan kisah cinta yang dibangun selama enam tahun.  Saya dan dia merancang membawa hubungan ini sampai ke jenjang pelamin, tapi akhirnya putus!” luah Randy yang ngetop di Malaysia terutama melalui drama Biar Mimpi Sampai Ke Bintang bersama Elfira Loy.

“Semua kenangan dengan Michella sudah tidak perlu diungkit lagi. Saya sudah menyimpan rapat-rapat kenangan manis sewaktu bersama Michella,” katanya.

Kesedihan Randy mendapat simpati daripada teman-teman baiknya. Ada di antara mereka cuba menjodohkan Randy dengan beberapa teman wanita baharu.

Selain berkongsi perihal kerjaya seni, Randy turut berkongsi tip penjagaan pemakanan dan kecergasan badan

“Buat masa ini janganlah jodoh-jodohkan saya dengan sesiapa. Berkawan itu tidak salah.

“Saya ngak mahu terburu-buru mencari pengganti,” ungkapnya yang merancang menetap di Bali selepas berkahwin nanti.

Bagi mengubat patah hati, Randy memenuhi masa lapang dengan kembali bermain skateboard (papan selaju).

“Rasa tenang, bebas dan dapat melegakan tekanan akibat patah hati. Kalau ada banyak masalah, saya cuba untuk selalu fikir positif,” ujarnya lagi.

Hmmm… ada sesiapa yang mahu mengisi kekosongan hati Randy?