Ramai Selebriti Sedih USTAZ KAZIM Tak Boleh Masuk TV

Ramai bersedih termasuk selebriti apabila Ustaz Kazim meluahkan isi hatinya di instagram.

MANGGA turut berasa sedih apabila beberapa pendakwah yang berpengaruh didakwa kononnya tidak digalakkan bersiaran di mana-mana televisyen atau pun radio. Betul ke?

MANGGA pun tak tahu sejauh mana kebenarannya, MANGGA cuma menyampaikan luahan Datuk Ustaz Kazim Elias di instagramnya, memang terkejut!

Iyalah.. Sepatutnya dakwah agama dan ceramah yang mengajak ke arah kebaikan patut diteruskan, bukan disekat-sekat. Ini tidak patut berlaku di negara kita yang agama rasminya ISLAM.

Cara dakwah Ustaz Kazim Elias disukai ramai

Inilah luahan Ustaz Kazim di instagramnya:

“Dengor kabornya teman tidak digalakkan untuk keluar dalam program TV dan radio. Eee.. Sedihnyeeeeee.. Nak nangis pulak rasanya

“Alhamdulillah… Dunia dakwah sangat luas. Janji dakwah jalan terus. Yang sedihnya, bagi yang menyekat tu apalah nak dijawab di hadapan Allah apabila disoal sedangkan menyampaikan dakwah itu perintah Allah.”

Tak apa Ustaz, masih banyak lagi medan dakwah seperti melalui laman sosial.

Dalam pada itu, ramai artis yang bersedih dan bersimpati terhadap Ustaz Kazim seperti Baby Shima, Pencetus Ummah Syed (PU Syed), Haiza, Elly Mazlein, Mila Jirin, Azza Elite, Ashraf Muslim, Anita Baharom dan ramai lagi.

Keprihatinan artis-artis popular ini menunjukkan pentingnya usaha dakwah berterusan dan menggunakan medium yang berkesan seperti televisyen (TV) dan radio.

Antara komen artis:

Bukan sahaja Ustaz Kazim, Pencetus Ummah Syed juga ada meluahkan komennya berkenaan hal ini di instagramnya.

Video di atas ini pula adalah penjelasan Pencetus Ummah Syed yang mengatakan senarai nama pendakwah yang tidak digalakkan bersiaran di TV adalah betul. Itu pendapat PU Syed.

Selain PU Syed dan Ustaz Kazim, nama-nama pendakwah lain yang dikatakan kononnya turut tidak digalakkan bersiaran di TV dan radio ialah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ahmad Dasuki, Ustaz Samsul Debat, PU Amin, Ustaz Redzuan Tee, Ustaz Abdullah Khairi, Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Zamihan.

Begitulah luahan Ustaz Kazim dan PU Syed dalam instagramnya.

KALAU (kalau tau!) betul perkara ini berlaku, MANGGA tak tahu nak cakap apa. Ini tak sepatutnya berlaku.

Semoga segalanya dipermudahkan. Amin…