Raline Shah Kini Pengarah Air Asia Indonesia

Raline Shah bintang popular Indonesia

BINTANG filem Indonesia yang popular menerusi watak Melrose dalam Surga Yang Tak Dirindukan, Raline Shah, 33, kini dilantik sebagai Pengarah Air Asia Indonesia.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes seperti petikan dari The Jakarta Post mengumumkan berita dengan memuat naik foto bersama Raline pada Isnin di samping kapsyen tertulis, “Pengarah baru di AirAsia Indonesia @ralineshah. Bijak kreatif rendah diri. Jawatan yang sudah bersedia untuk syarikat kami di IPO,” tulis Tony di akaun Instagram.

Pengumuman itu menyebut Raline Shah merupakan pengarah baharu di PT Air Asia Indonesia.

Raline Shah lahir di Jakarta pada 4 Mac, 1984. Mengawali karier seni sejak menyertai pertandingan Puteri Indonesia pada 2008.

Lain-lain filem lakonannya,  5 CM, 99 Cahaya Di Langit Eropa, Supernova dan terbaharu khabarnya bakal menyertai filem Polis Evo 2, arahan Ghaz Abu Bakar.

Beberapa posting di akaun Zizan Razak menunjukkan beliau bersama Raline dan Shaheizy Sam sedang giat berlatih bagi sekuel tersebut.

Raline juga baru-baru ini berduet dengan penyanyi Marcell Siahaan menerusi lagu Jadi Milikku. Beliau berkelulusan Ijazah Muda Sastera Sains Politik dari National University of Singapore.

Popular menerusi watak Melrose dalam filem Surga Yang Tak Dirindukan