Raja Pop, Ratu R&B Hibur Setiausaha

Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah berkolaborasi dalam persembahan minggu setiausaha di Hotel Tenera, Bangi, 25 April ini. FOTO: NORAZLINA OTHMAN

 

DI SAAT persembahan sempena minggu setiausaha pada setiap bulan April yang semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, namun dua penghibur terkenal tanahair, Datuk Jamal Abdillah dan Dayang Nurfaizah bakal bergabung di Hotel Tenera, Bandar Baru Bangi, Selangor pada 25 April depan.

Dua superstar ini bakal mengalunkan kemerduan lunak suara pada acara Minggu Setiausaha, ‘Luncheon With The Stars- In Celebration of Secretaries Week’ bertempat di Dewan Utama Hotel Tenera.

Ia sebuah acara bertujuan meraikan kakitangan tadbir dan setiausaha di seluruh Malaysia. Pelaksanaan program ini juga dilihat sebagai salah satu strategi dalam memperkenalkan nama Hotel Tenera yang baru sahaja memulakan operasinya.

Harga yang ditawarkan bermula dari RM280 seorang untuk meja silver, RM380 untuk meja gold dan RM500 seorang untuk meja platinum yang dilengkapi set hidangan makan tengahari yang istimewa.

Setiap tetamu boleh menjangkakan persembahan memukau dan eksklusif dalam suasana lebih santai bersama penyanyi pujaan.

Hotel bertaraf 4 bintang dengan kapasiti sebanyak 502 bilik merangkumi 2 blok iaitu blok hotel dan blok apartmen dimiliki sepenuhnya oleh Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPFMB) dan diuruskan oleh KPF Hotel Management Sdn. Bhd.

Fasiliti yang disediakan antaranya, ruang acara seperti Dewan Utama- Grand Ballroom yang boleh memuatkan sehingga 1,200 tetamu pada satu masa dan 10 bilik seminar yang terletak di tingkat 3.

Selain itu, 3 kolam renang di mana 2 daripadanya terletak di blok hotel dan 1 di blok apartmen. Di samping 1 kolam renang yang dikhaskan hanya untuk wanita bagi memberi keselesaan.

Sebarang malumat lanjut, hubungi talian 019- 2610796 atau e-mel kepada [email protected]