Raisa Nikah Hamish Daud 3 September Ini?

Raisa dan Hamish telah bertunang pada 21 Mei lepas

Pasangan artis popular Indonesia, Raisa Andriana dan Hamish Daud dilihat tidak begitu terbuka berkongsi perihal peribadi. Mereka mengikat tali pertunangan pada 21 Mei lepas.

Timbul pula gosip dari satu sumber, khabarnya rakan duet Afgan melalui lagu Percayalah itu bakal naik pelamin dengan aktor dan hos program travelog itu pada Ahad, 3 September ini.

Gosip tersebut timbul setelah tersebar di media sosial gambar mereka yang digunakan sebagai syarat kelengkapan pernikahan di Kantor Urusan Agama (KUA) di Tanah Abang, Jakarta Pusat.

Akad nikah Ahad 3 September 2017. Kurang dari sebulan lagi mbak Yaya akan resmi jadi isterinya bang Hamish,” begitu petikan satu sumber di media sosial.

Yang lucunya, banyak netizen lelaki yang memuat naik luahan rasa kecewa, sedih dan patah hati kerana pemenang anugerah Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2016 itu bakal menjadi isteri orang tidak lama lagi.