Rahsia Tubuh Sedap Seksi DANIAL HANSEN

Model popular Danial Hansen akui bukan mudah untuk mengekalkan tubuh cantik

SEDAP kan tubuh model Danial Hansen ni? Maksud MANGGA, tubuhnya tidaklah terlalu besar atau terlalu kecil, tapi sedap-sedap rasa. Pendek kata sedap dipandang.

Danial atau nama sebenarnya Danial Hansen Idris, 24, beritahu MANGGA bukan mudah untuk dirinya mengekalkan tubuh yang sihat dan cantik. Apakah agaknya rahsia Danial ni ya?

Mana tahu jejaka di luar sana boleh ikut cara Danial jaga tubuh gitu…

Perlu ada disipilin yang tinggi untuk membentuk tubuh yang cantik

Cerita Danial, “selain disiplin yang tinggi dalam menjaga pemakanan, pertandingan-pertandingan yang saya sertai sebenarnya adalah pendorong besar untuk saya kekalkan tubuh cantik.

“Apabila menyertai pertandingan yang memerlukan saya tampil dengan tubuh cantik, sudah pastinya saya akan rajin bersenam di gim atau bermain bola sepak.

“Kalau nak tahu, senaman-senaman seperti inilah yang banyak membantu dalam membentuk tubuh cantik.

“Selain itu, mana-mana bidang pun, kalau nak berjaya mesti ada pengorbanan. Sebagai persediaan pertandingan tubuh cantik, saya perlu berkorban masa untuk bersama keluarga dan kawan-kawan. Mujurlah mereka faham.

Dulu kurus.. Sekarang tubuh Danial sedap dan sasa

“Bukan itu sahaja, saya bertuah kerana mempunyai trainer yang sangat bagus dalam dunia iaitu ayah saya sendiri. Semangat yang diberikannya membuatkan saya tidak putus asa dan berterusan dalam melakukan latihan.

“Ayah juga pesan, dalam membuat latihan kena bijak dan perlu ada strategi yang betul. Bukan main redah saja, ada caranya. Pengambilan suplemen yang bersesuaian juga sangatlah penting.”

Air kosong, konsisten & tidur awal

Danial Hansen bukan sahaja rajin membentuk tubuh cantik, malah berusaha gigih mengekalkan ‘kecantikan’ itu.

Tidur awal dan selalu berfikiran positif adalah amalan Danial Hansen

Sambungnya,” untuk kekalkan tubuh cantik dalam tempoh yang lama, saya akan bersenam di gim dengan teknik yang betul sebanyak lima kali seminggu.

“Bila bersenam mestilah konsisten. Bukannya bersenam ikut mood.

“Saya tidak lupa melakukan senaman bagi memecahkan lemak dan kalori yang ada dalam tubuh.

“Tidak lupa juga diet dengan mengamalkan pemakanan yang sihat sahaja. Namun, tidak salah untuk anda makanan kesukaan anda dalam tujuh kali sebulan. Iyalah.. Kadang-kadang kita perlu makan hidangan kesukaan (bukan makanan sihat) untuk keceriaan hidup, namun janganlah berlebih-lebihan.

“Di samping itu, kesihatan mental juga sangat penting kerana ia mempengaruhi dalaman tubuh. Selalulah berfikiran positif dan tidurlah awal dan bangun di awal lagi. Bagus untuk jantung.”

Jelas Danial Hansen yang juga elak pengambilan steroid, mengamalkan banyak minum air kosong dan kurangkan air manis.

Begitulah cerita Danial Hansen yamg pernah menyertai Man Of The Year 2018, Man Of Steel 2018, Mr Royale 2017, Mr. Enrich 2018 dan banyak lagi.

Foto: instagram @danial_hansen