RAHIM selamat jalani pembedahan pintasan gastrik

BEBERAPA hari lepas pelawak dan penyampai radio, Rahim Sepahtu atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali dimasukkan ke wad sebuah hospital di Kuala Lumpur. Akibat mengalami masalah obesiti, gastrik dan gangguan tidur sejak dua tahun lalu, Rahim dinasihatkan doktor menjalani pembedahan usus atau ‘Bariatric Surgery‘.

Bahagian yang dikeluarkan daripada perut Rahim…

Terkini, Rahim telah selamat menjalani pembedahan yang dilakukan. Melalui akaun instagram miliknya, Rahim telah berkongsi dan memberitahu keadaannya kini sudah kembali pulih.

Dalam satu laporan dari mStar, Rahim mengalami penyakit sleep apnea iaitu masalah penafasan semasa tidur dan terasa keletihan selepas bangun dari tidur. Seperti yang telah dikongsi seorang doktor pakar Dr Mustafa menerusi laman Instagram.

“Saya memang mengalami masalah gastrik agak sudah lama selain gangguan tidur sehingga terpaksa menggunakan alat tekanan saluran pernafasan berterusan bagi membolehkan saya tidur.

“Kesukaran tidur selain nafas terhenti disebabkan obesiti menyebabkan masalah itu dan memerlukan saya menggunakan alat itu untuk memastikan saya sentiasa mendapat oksigen,” ujarnya.

Rahim ditemani isteri-isterinya, Lily Khay dan Kolin Abdullah.

Dalam pada itu, Rahim memberitahu yang beliau lebih mementingkan kesihatannya. Kata Rahim, “Apabila saya bertemu dengan pakar dan berbincang mengenai masalah saya ini, pembedahan pintasan gastrik sangat sesuai bagi menyelesaikan masalah saya sekali gus dapat mengurangkan berat badan berlebihan.

“Hendak kurus bukanlah keutamaan saya tetapi lebih kepada kepentingan untuk menjaga kesihatan memandangkan usia pun semakin meningkat. Sasaran saya agar masalah seperti gastrik dan sukar tidur dapat pulih selain menjalani kehidupan lebih sihat selepas ini.”

Semoga Rahim kembali sihat, cergas dan ceria seperti selalu serta boleh kembali menghiburkan peminat-peminatnya.

Rahim bersama Shuib dan doktor yang bertanggungjawab atas pembedahannya.