Raffi Ahmad Elak Cerai, Pilih Poligami

Raffi Ahmad dan peguam Hotman Paris

PELAKON dan pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad memang diketahui juga seorang pengusaha rangkaian produk makanan yang kaya-raya.

Di usia 31 tahun, bintang filem yang juga penerbit Rafathar The Movie ini dilihat antara selebriti berjaya. Namun, perihal peribadinya juga tidak habis jadi perhatian dan bualan hangat.

Paling hangat masih dipekatakan ialah hubungan sulit dengan penyanyi dangdut, Ayu Ting Ting yang juga janda beranak satu.

Raffi mengahwini Nagita Slavina (Gigi) pada 2014 dan mempunyai seorang anak lelaki, Rafathar Malik Ahmad, 3.

“Kalau ditanya tambah isteri itu ya… tetapi bercerai itu tidak,” jawab Raffi ketika ditanya wartawan mengenai satu rakaman video yang dimuatnaik seorang peguam.

Dalam video tersebut, peguam yang dikenali Hotman Paris turut terlibat dalam penggamaran filem terbaharu keluaran Raffi berjudul Kesempatan Keduda.  Turut berlakon ialah Zizan Razak.

Hotman turut menulis kapsyen pada video tersebut,”Mudah-mudahan bukan  saya yang mengendalikan  kes jika Raffi mahu bercerai.

Kontroversi hubungan sulit Raffi-Ayu Ting Ting mula hangat diperkatakan apabila mereka dikhabarkan bercuti secara rahsia di Amsterdam, dua tahun lalu.

Zizan Razak kini berada di Jakarta, untuk penggambaran filem terbaharu terbitan Raffi Ahmad, Kesempatan Keduda.