RADJA Masih Relevan

 

TIDAK terkesan dengan kehadiran sekian banyak band junior, Radja masih relevan dan terus bertahan selama 17 tahun di dalam industri muzik bukan sahaja di Indonesia malahan Malaysia.

Maka tidak hairanlah, band yang dianggotai oleh Ian Kasela (vokalis), Moldy (gitar), Indra (gitar bes) dan Seno (dram) ini berani tampil dalam konsert di Malaysia.

Awalnya konsert yang diberi nama Radja Malaikat Cinta itu pada 5 Mei namun bagi menghormati PRU14 yang dijangka berlangsung 9 Mei, konsert ditunda 14 Julai depan.

Konsert anjuran Belbis Sendirian Berhad itu akan bermula 8.30 malam di StarXpo Centre, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.

Kali terakhir band itu mengadakan konsert di Malaysia adalah pada 2006. Radja begitu ngetop di sini menerusi lagu Jujur, Takkan Melupakanmu, Aku Ada Karena Kau Ada, Wahai Kau Cinta serta Tulus.

Videographer Utusan Karya, Zulfaiz Zakaria ada butiran temubual bersama Radja sewaktu berkunjung ke ibu kota, baru-baru ini.