Putus Cinta Dengan Lee Min Ho, Suzy Pilih Lee Dong Wook

Suzy akui Lee Dong Wook miliki kriteria lelaki idaman.

SEPERTI diketahui ramai, penyanyi Suzy dan pelakon pujaan wanita, Lee Min Ho, putus cinta November tahun lalu.

Tanpa menunggu terlalu lama, Suzy ternyata sudah move on malah mengumumkan memilih pelakon siri drama Goblin, Lee Dong Wook sebagai pacar baharu.

Minggu lepas, berita hubungan cinta Suzy- Lee Dong Wook menggegar dunia hiburan Korea Selatan.  Ramai netizen bertanya, apa reaksi Lee Min Ho?

“Mereka bertemu di sebuah acara private. Kedua-duanya masih di tahap awal perkenalan, malahan pihak kami juga baru mengetahui perkara ini,” ujar agensi King Kong Entertainment mewakili Lee Dong Wook, seperti petikan dari Soompi.

Perkara sama disambut JYP Entertainment, syarikat pengurusan Suzy,” Saat ini baik Suzy mahupun Dong Wook masih pada tahap saling mengenali.”

Lee Min Ho pula sedang menjalani latihan khidmat tentera sejak Mei tahun lepas.

Jarak usia 13 tahun bagaimanapun bukanlah masalah besar buat Suzy dan Dong Wook menjalin cinta. Suzy berusia 23 tahun dan Dong Wook pula 36 tahun.

Lee Min Ho dan Suzy putus cinta November tahun lalu.

Sebelum ini, Dong Wook jarang bercerita tentang kehidupan peribadinya. Sepanjang kerjaya seninya, hanya beberapa kali beliau diterjah gosip sesama artis.

Rahsia itu dibongkar adik lelaki Dong Wook sendiri dalam sebuah program televisyen, Roomate bahawa Dong Wook pernah berkasih dengan seorang wanita yang kemudiannya menjadi penyanyi.

Berita percintaan Suzy-Dong Wook gempar selepas pengumuman percintaan aktres Park Shin Hye dengan Choi Tae Joon.

Semasa menjadi artis undangan program Strong Heart pada 2012 dikendalikan oleh Dong Wook sendiri, Suzy pernah meluahkan bahawa aktor tersebut memiliki kriteria lelaki idaman.