PU SYED Tidak Putus Asa Dakwah Artis

PU Syed menegur artis-artis tanpa mengaibkan mereka

Cara untuk menegur seseorang yang melakukan kesalahan atau maksiat banyak caranya.

MANGGA tertarik dengan cara pendakwah terkenal Pencetus Ummah Syed (PU Syed), 39, menegur artis dengan DM (direct message) atau mesej terus melalui laman sosial.

Mesej yang sampai kepada artis adalah hanya lah dapat dibaca oleh artis tersebut kerana PU Syed mahu menjaga aib mereka.

Namun, sikap tidak endah artis-artis yang ditegur sedikit sebanyak membuatkan PU Syed  atau na sebenarnya Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak rasa terkilan.

Ini luahan PU Syed di laman instagramnya.

“Saya ada tegur ramai artis melalui DM (direct message di laman sosial) tapi ternyata langsung tidak dibaca langsung apa yang kita hantar.

“Tatkala kita tegur secara terbuka, maka hemburan kata-kata keji disembur kepada kita dengan kata kita mengaibkan mereka.

“Aib ialah sesuatu yang kita kena sembunyikan daripada pandangan manusia. Ianya tidak dinamakan aib jika secara terang-terangan anda melakukan perkara tersebut dan anda bangga dengan melakukannya serta menyebabkan ya pula di khalayak umum.

“Bila kita tegur secara terbuka, ianya bukan untuk anda seorang, tetapi ingatan juga buat followers  dan penyokong tegar lain.

“Apa yang anda dapat dengan melanggar dengan syariat Allah? Nama? Harta? Atau Dosa?”

Begitulah luahan PU Syed. MANGGA tidak pasti sama ada artis yang ditegur itu sengaja buat tidak tahu atau terlepas pandang mesej yang disampaikan oleh PU Syed.

Pasal kerjaya, PU Syed semakin popular selepas menjadi Juara Mimbar Akhir Pencetus Ummah 2015.

Semoga apa yang baik menjadi manfaat untuk kita semua. Insya Allah…

View this post on Instagram

Selagi saya mampu tegur, saya akan tegur. Sehinggalah hilang nyawa dari badan ini. Kerana itu adalah tugas sebagai seorang muslim, utk menyelamatkan seorang muslim yang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا “. Tolonglah saudaramu yang berbuat zalim dan yang dizalimi. ” فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْصُرُهُ إِذَا كَانَ مَظْلُومًا ، أَفَرَأَيْتَ إِذَا كَانَ ظَالِمًا كَيْفَ أَنْصُرُهُ قَالَ « تَحْجُزُهُ أَوْ تَمْنَعُهُ مِنَ الظُّلْمِ ، فَإِنَّ ذَلِكَ نَصْرُهُ ». Kemudian ada seseorang bertanya tentang bagaimana cara menolong orang yang berbuat zalim?. Beliau menjawab, “Kamu cegah dia dari berbuat zalim, maka sesungguhnya engkau telah menolongnya.” (HR. Bukhari, no. 6952; Muslim, no. 2584). Zalim di sini bukan sahaja, seseorang membuat jahat kpd org lain tetapi juga kepada diri sendiri dan keluarganya. Saudaramu PU Syed.

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on

 

View this post on Instagram

فهمتم؟

A post shared by Pencetus Ummah SYED (@pencetusummah_syed) on