PSY, Siwon, G-Dragon & Rain Antara Artis Terkaya Korea

PSY kekal artis Korea paling kaya dengan pendapatan tertinggi

MELIHAT jumlah pendapatan yang diraih 10 artis terkenal Kpop, membuktikan pengaruh mereka masih bermaharajalela di seluruh dunia.

Majalah bisnes ternama Forbes versi Korea baru-baru ini menyenaraikan 10 bintang memperoleh pendapatan tertinggi tahun ini.

Penyanyi yang meledak dengan lagu Gangnam Style, PSY masih kekal di tangga teratas dengan pendapatan berjumlah RM180 juta.

 

  1. PSY : RM180 juta

Masih di tangga pertama artis terkaya di Korea, memangw ajar kerana video Gangnam Style berhasil merah 50 juta muat naik di samping hampir 3 bilion tontonan di Youtube. Karya terbaharunya, New Face dipasarkan Mei lalu.

 

  1. Siwon : RM140 juta

Ahli kumpulan boy band Kpop Super Junior ini memang berasal dari keluarga kaya raya. Siwon merupakan anak lelaki tunggal seorang pengusaha ternama di Korea Selatan. Siwon juga memiliki seorang adik perempuan. Keluarganya memiliki saham gabungan di pusat perbelanjaan Hyundai di Korea.

 

3. G-Dragon : RM84 juta

Tidak hanya penyanyi, anggota kumpulan Big Bang ini seorang komposer dan penerbit lagu yang handal.

Kebanyakan lagu ciptaannyaa hit dan menduduki carta teratas. Hingga saat ini tercatat lebih dari 120 lagu ciptaan G-Dragon yang terdaftar di Korea Music Copyright Association.

Digelar genius music Korea, hampir semua lagu yang diciptakan G-Dragon dinyanyikan oleh rekan-rekannya di Big Bang, di antaranya Farewell, Haru Haru, Tonight dan Fantastic Baby.

 

4. Rain : RM80 juta

Pemilik nama sebenar Jung Ji Hoon ini adalah artis Korea paling sukses dan dikatakan sebagai idola Kpop pertama yang popular di Hollywood melalui Ninja Assasin.

 

  1. Sandara Park: RM64 juta
  2. IU: RM56 juta
  3. BoA: RM56 juta
  4. Yoona: RM44 juta
  5. Bae Suzy: RM40 juta
  6. Taeyang Big Bang: RM40 juta