Protege SITI NORDIANA, ZAAIM Juara Mentor 7

Zaaim (kanan) yang merupakan protege Siti Nordiana dinobatkan sebagai Juara Mentor 7

Tahniah MANGGA ucapkan buat Protege kepada penyanyi Siti Nordiana, Zaaim yang menjadi juara rancangan Mentor 7 (TV3).

Program yang  berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi ini menyaksikan Zaaim atau nama sebenar Zaaim Abduah membawa pulang kereta tajaan Aerocar, wang tunai RM80,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua dimenangi protoge kepada Aizat iaitu Pasya dengan membawa pulang wang tunai RM40,000.

Manakala tempat ketiga disandang Azmarul (protege kepada Hafiz) menerima wang tunai RM20,000.

Tempat keempat pula dimenangi protoge kepada Datuk Syafinaz iaitu Ranisha dan membawa pulang RM10,000.

Pada final, finalis mempersembahkan dua buah lagu iaitu secara solo dan berduet dengan artis jemputan.

Zaaim bersama Lan Solo berduet dalam lagu Gemuruh. Dia kemudian secara solo menyampaikan lagu Bukan Rayuan Gombal.

Azmirul bersama Ernie Zakri berduet Bagaikan Sakti diikuti persembahan solo Laksamana Raja Di Laut.

Ranisha pula berganding dengan Siti Sarah dalam lagu Beribu Sesalan. Dia kemudian menyampaikan lagu Listen secara solo.

Manakala Pasya berduet dengan Jaclyn Victor menerusi lagu Bohemian Rhapsody dan lagu solo Bunga Bunga Cinta.

Konsert akhir Mentor itu turut diserikan dengan persembahan penyanyi jemputan, Ella yang mendendangkan lagu Peace Love Rindu dan Pedih.

MANGGA doakan semua finalis terus sukses dN tidak berputus asa untuk terus menjadi penyanyi yang bagus ya! Amin…