Projector Band Janji Luar Biasa Untuk Konsert Pertama

PROJECTOR BAND mula mencipta nama di persada muzik tanah air dengan single Sudah Ku Tahu yang diilhamkan sendiri oleh Razif, pemain gitar utama.

Single pertama mereka telah menjadi viral di media sosial dan menjadi fenomena yang besar dalam industri muzik tempatan dua tahun lalu.

Lagu ini juga telah berjaya ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan meriah tempat ketiga. Mereka juga berjaya dalam merangkul anugerah tontonan muzik video paling tertinggi di Youtube iaitu sebanyak 20 juta tontonan.

Selepas kejayaan lagu Sudah Ku Tahu, fenomena mereka sekali lagi ‘menjadi’  dengan single Aisyah. Melalui single tersebut, jumlah tontonan muzik video di Youtube meningkat sehingga 31 juta tontonan.Lagu ini juga ditulis dan dicipta oleh Razif atau lebih dikenali sebagai Angah.

Band yang ditubuhkan Disember 2013 ini dianggotai anak-anak muda asal Kuala Kubu Baru, Selangor, iaitu Iskandar (Is) sebagai vokalis, Razif (Angah- gitar utama), Isnaidi (Edi- gitar kedua), Ahmad  Khusairi (Mat- bes) dan Syafiq (Apit- dram)

Dengan pencapaian mereka yang hampir tiga tahun mencipta nama di dalam industri muzik tanah air, Projector Band telah mendapat peluang untuk mengadakan konsert pertama yang dianjurkan oleh JW Live Productions Sdn Bhd bertempat di Quill Convention Centre, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Konsert bakal diadakan pada Sabtu, 28 Julai selama sejam bermula pukul 8.45 malam. Mereka bakal memperdengarkan single terbaharu berjudul Setia Menantimu.

Tiket telah mula dijual sejak 30 Jun dan boleh didapati di www.ticketcharge.com.my dengan harga RM 50 (normal) serta RM 100 (VIP).  Antara yang terawal membeli tiket akan mendapat Album Projector Band secara percuma (stok adalah terhad).

5 Fakta menarik mengenai Projector Band :

1-      Iskandar(vokalis) merupakan pelajar tahun akhir di Kolei Islam Selangor dalam jurusan Al quran & Sunnah (Ijazah Sarjana Muda)

2-      Razif Atau Angah sebagai ketua kumpulan pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di Bilik Mayat Hospital KKB. Kini beliau aktif sebagai komposer lagu dan telah mencipta lagu untuk Aiman Tino.

3-      Eddy (gitar kedua) pernah bekerja sebagai tukang cuci di Hospital Kuala Kubu Baru.

4-      Mereka pernah dikecam oleh pengacara popular kerana mengadakan persembahan pada AIM 2016 dengan telefon bimbit,beg duit dan kunci motor/kereta di dalam poket seluar dan kamera jelas merakamnya.

5-      Lagu Sudah Ku Tahu di viralkan oleh golongan ‘Mat motor’ melalui aplikasi whatsapps sehingga menjadi sebuah fenomena sehingga kini.