Priyanka Chopra, Salman Khan Kembali Bersatu Selepas 12 Tahun

SELEPAS dua tahun berehat daripada filem setelah Bajirao Mastani, Priyanka Chopra bakal kembali menggegarkan menerusi filem berjudul Bharat, arahan Ali Abbas Zafar.

Menariknya, bintang siri penyiasatan Quantico itu kembali disatukan dengan hero sado, Salman Khan.

Ini merupakan penyatuan kembali kedua-dua bintang hebat tersebut selepas 12 tahun. Filem Bharat dijangka tayangannya tahun depan.

Bharat bakal juga menampilkan karakter Priyanka dari usia muda hingga tua, dari umur 28 tahun sehingga 60 tahun.

Macam manalah nanti perubahan wajah Priyanka melakonkan watak wanita tua ya?

Begitu juga hero filem Sultan ini yang bakal merealisasikan karakter lelaki dari usia  25 hingga 65 tahun. Apakah akan tetap sado lagi tak fizikal Salman bila pegang watak lelaki tua nanti?

Menerusi watak mengikut peredaran zaman, Priyanka khabarnya bakal tampil seperti aktres legenda hebat tahun 1960-an antaranya, Zeenat Aman,Parveen Babi,Sharmila Tagore dan Shabana Azmi.

Filem Bharat juga dibintangi  Disha Pathani, Tabu serta. Sunil Grover. Ia dikatakan adaptasi filem korea berjudul Ode To My Father.- PUGU CW: Staf Praktikal Unimas (Universiti Malaysia Sabah)