PRIYANKA CHOPRA & NICK JONAS Kahwin Minggu Ini di India

NICK Jonas (kiri) dan Priyanka Chopra melambai ke arah peminat ketika tiba di lapangan terbang Jodhpur di negeri Rajasthan, India semalam. – REUTERS

Wahh.. Berita gembira buat semua peminat selebriti popular antarabangsa Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

Memetik daripada Utusan Online, pasangan selebriti popular, Priyanka Chopra dan Nick Jonas dilaporkan akan melangsungkan pada minggu ini.

Pasangan tersebut tiba di bandar Jodhpur semalam (30 November 2018) bersama-sama keluarga masing-masing semalam dan menuju ke Istana Umaid Bhawan, di mana perkahwinan itu berlangsung.

Priyanka, 36, dan Nick, 26, bertunang pada tahun ini selepas bertemu buat kali pertama pada acara Oscar tahun lalu.

Dwayne Johson atau dikenali sebagai The Rock merupakan antara tetamu yang bakal hadir pada majlis terbabit.

MANGGA pun tak sabar tunggu mereka kahwin. – REUTERS