‘Pokai’ & Terpaksa Ikat Perut, Soo Wincci Takkan Pulang Ke Tanahair Selagi…

Dr Soo Wincci tidak mudah mengalah walau berdepan kesusahan.

PENYANYI, pelakon dan usahawan, Dr Soo Wincci, 33, tidak berselindung mengakui hakikat terpaksa mengikat perut dengan hanya mengambil susu dan kentang sejak setahun lalu.

Mengambil keputusan berhijrah seketika di Sepanyol demi tuntutan menyelesaikan pengajian Sarjana Muzik, pengkhususan produksi muzik, teknologi dan inovasi.

“Perjalanan impian yang sangat susah dan banyak benda yang tersirat di belakang. Tapi ia membuka mata saya dengan semua orang di sekeliling.

“Biarpun sukar, saya takkan mengalah dan berputus asa mencapai impian. Saya takkan pulang ke tanahair selagi tidak mencapai impian,” kata pelakon drama dan teater Takhta 3 Ratu ini.

Beliau kini sedang meneruskan pengajian di Berklee Music Of College, Valencia, Sepanyol. Dan sejak setahun lalu, beliau mengakui sudah kehabisan wang apabila perniagaannya gagal.

Selain tabah dan cekal di rantau orang walau dalam keadaan boleh dikatakan ‘pokai’ tahun ini masuk tahun ketujuh Wincci menjalani ibadah puasa seperti muslim lain.

“Tempoh panjang 16 jam berpuasa di Sepanyol dan untuk jimat duit, saya mengalas perut hanya dengan segelas susu beserta kentang,” ujar Wincci.

Dr Soo Wincci sedang meneruskan pengajian Sarjana Muzik di Berklee Music of College, Valencia, Sepanyol.