“Pergi Toilet Pun Rindu” FAZURA Bahagia Bersuamikan Fattah Amin

Fazura bahagia bersuamikan Fattah Amin

“PERGI toilet pun rindu… haaa macam mana tu,” akui pengantin baharu, Nur Fazura Sharifuddin apabila ditanya setelah seminggu bergelar suri hati aktor Fattah Amin.

Mereka diijabkabul dalam sebuah majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka ibu kota, 27 November lalu, iaitu empat hari setelah pulang daripada menunaikan umrah bersama keluarga di kota suci Mekah.

“Barulah saya tahu, ohhh begini rasanya bergelar isteri. Sayalah wanita paling bahagia. Fattah seorang suami yang sangat loving, understanding dan ringan tulang membantu membuat kerja rumah.

“Saya rasa seronok sangat bangun bagi, menyediakan masakan buat suami dan menunggu suami pulang dari kerja,” cerita Fazura dalam satu temubual bersama Mangga Media di sebuah studio rakaman di Petaling Jaya, Kuala Lumpur pada Ahad malam.

Fazura dan Fattah turut mendapat julukan pasangan hot seperti pasangan sensasi Hollywood, Brad Pitt- Angelina Jolie (Brangelina) serta David Beckham- Victoria Posh Beckham.

Fazura turut berkongsi rasa terkilan selain menjawab pertanyaan mengenai ‘merahsiakan’ pernikahan. Butirannya boleh diikuti selanjutnya di  Mangga TV. Liputan video rakaman lebih awal disiarkan di Facebook Mangga Media.