Perasaan Irwansyah Pada Isteri Setelah 7 Tahun Kahwin Tanpa Anak

Irwansyah dan Zaskia kini sedang bercuti di Lake Tahoe, California.

TAHUN ini masuk tujuh tahun usia perkahwinan pasangan selebriti popular Indonesia, Irwansyah dan Zaskia Sungkar. Dalam tempoh itu, pasangan ini belum ada rezeki dikurniakan zuriat.

Irwansyah ada membawa isterinya menjalani rawatan kesuburan di sebuah hospital pakar, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Begini luahan perasaan bintang filem Heart itu terhadap Zaskia:

“Sepanjang tempoh itu, saya mengaku banyak melalui rintangan dan masalah selama hidup bersama Zaskia Sungkar.

“Tujuh tahun bersama dia, buat saya banyak belajar, banyak rintangan dan masalah yang kami hadapi. Semakin dewasa saya melihat dunia ini bersamanya.

“Semua masalah kami hadapi bersama. Doakan hubungan kami sentiasa terjaga baik. InsyaAllah… Allah akan meredai dan selalu menjaga hubungan ini,” kata Irwansyah.

Pelakon drama bersiri Dia di TV3 itu turut menulis ini buat isterinya,”InsyaAllah kita semakin membaik dan membaik, cintaku bersama kamu sayang, love you.”

Pasangan ini tidak putus asa terus berusaha mendapat anak. Ketika ini mereka sedang bercuti di Lake Tahoe, California, Amerika Syarikat.