Pengarah Didakwa Gangguan Seksual, Gal Gadot Tolak Sekuel Wonder Woman

AKTRES yang juga bekas ratu cantik, Gal Gadot dilihat sukses memainkan peranan superhero dalam filem Wonder Woman yang telah meraih kutipan sebanyak RM 1 bilion seluruh dunia, sekaligus menewaskan The Mummy lakonan Tom Cruse.

Terkini, Gadot sekali lagi merealisasikan wataknya itu di dalam filem Justice League bersama beberapa superhero lain antaranya, Ben Affleck sebagai Batman.

Baru-baru ini, Gadot kembali ditawarkan watak sama bagi sekuel Wonder Woman seperti laporan FoxNews.

Bagaimanapun, Gadot menolak mentah-mentah tawaran tersebut kerana produsernya, Brett Ratner. Khabarnya, produser terbabit didakwa kononnya terlibat dalam melakukan gangguan seksual terhadap sejumlah orang. Benarkah?

Menurut sumber, andai Gadot kembali membawa watak superhero itu bermakna dia menyokong perbuatan Brett Ratner.

“Gal Gadot sedang merenggangkan hubungannya dengan Brett Ratner. Dia sangat tegas menentang perbuatan gangguan seksual,” ungkap sumber.

Padahal sebelum ini hubungan Gadot dengan produser tersebut sangat rapat. Antara filem popular lain Gadot, Fast & Furious (2009), Fast Five (2011), Fast & Furious 6 (2013), Furious 7 (2015), Triple 9, Batman v Superman serta Keeping Up With The Joneses (2016).

Gal Gadot semakin meledak popular menerusi filem Wonder Woman