Peminat Dah Muak Dengan Fattah Amin?

PELAKON Janna Nick dalam insta story di akaun Instagram baru-baru ini memuat naik video perbualan dengan pengarah Michael Ang sambil bertanyakan apakah sudah jumpa hero untuk drama terbarunya?

Dalam video itu menunjukkan wajah Michael Ang kelihatan sugul kerana khabarnya sampai hari ini timbul kekecohan di kalangan netizen yang menolak mentah-mentah cadangan nama Fattah Amin sebagai hero bergandingan dengan Janna Nick.

Drama tersebut dari produksi Cube Film diambil dari versi Korea yang popular iaitu Coffee Prince yang popular sekitar tahun 2007, lakonan Gong Yoo (sebagai watak utama Choi Han-gyul) dan Yoon Eun-hye sebagai Ko Eun-chan.

Ramai netizen memuat naik komen tidak bersetuju nama Fattah sebagai hero. Nampaknya kontroversi demi kontroversi melanda Bintang Popular ABP 2016 ini selepas kisah sensasi mengaitkannya dengan dua aktres popular.

Kebanyakan netizen meluahkan rasa muak dan tidak mahu lagi menonton aksi lakonan aktor muda ini yang masih dianggap ‘kayu.’ Begitu juga dengan kisah-kisah sensasinya yang dikatakan terlalu berlebihan dan ‘over.’

Dalam hal ini, Fattah harus pandang serius juga pandangan dan komen para peminat. Barangkali beliau harus lebih berusaha membuktikan tuduhan pelakon ‘kayu’ itu sama sekali tidak benar.

Dalam waktu sama, nama pelakon lelaki lain seperti Syafiq Kyle dipuji netizen kerana menurut mereka, Syafiq beri lakonan baik dalam drama Suamiku Paling Sweet dan Mencintaimu Mr Photographer yang ketika ini sedang ditayangkan di Astro Ria.

Syafiq Kyle dipuji netizen pamer lakonan baik