Pemain Bes Kerispatih Meninggal Dunia Kerana Diabetes

Dalam kenangan, Andika (kanan) bersama teman-temannya dalam Kerispatih.

DUNIA muzik Indonesia sedang berduka dengan berita pemain bes kumpulan popular Kerispatih iaitu Andika, meninggal dunia dipercayai kerana serangan jantung dalam tidur di kediamannya pada Selasa, 10 April.

Diketahui ahli muzik berusia 36 tahun itu juga mempunyai sejarah penyakit diabetes (kencing manis) yang dihidapinya sejak sekian lama.

Sebelum meninggal dunia, Andika diketahui sempat mendapat rawatan di Rumah Sakit Pusat Otak Nasional (RSPON).

Namun, lantaran kondisinya mulai membaik, Andika Kerispatih pun dibenarkan pulang pada Isnin.

Adik Allahyarham yang dikenali sebagai Rabbani memberitahu pihak media kondisi abangnya semain membaik sejurus menerima rawatan. Bahkan arwah sempat bergurau bersama ahli keluarga lain.

“Arwah meninggal dunia kerana serangan jantung semasa tidur. Sebelum itu arwah dikejarkan ke hospital kerana diserang strok setelah terjatuh,” ujar adik Allahyarham.

Kerispatih dibentuk pada 2003 dengan lima anggota asal iaitu Anton (dram), Arief (gitar), Andika (bes), Sammy (vokal) dan Badai (keyboard).

Pada 2010 Sammy keluar dari Kerispatih setelah terterkait kes penyalahgunaan dadah dan ditahan dalam penjara. Posisinya digantikan oleh Fandy. Dua tahun lalu, Badai pula angkat kaki keluar Kerispatih.

Kerispatih antara kumpulan Indonesia yang dekat di hati peminat Malaysia menerusi lagu-lagu hits antaranya, Mengenangmu, Bila Rasaku Ini Rasamu, Tapi Bukan Aku, Akhir Penantian dan banyak lagi.