Pelawak Terkenal Bakal Bercerai

Gambar kenangan Sule dan isteri, Lina semasa bercuti di luar negara.

DENGAN alasan tidak pernah diajak berunding dalam soal membabitkan rumah tangga, membuatkana isteri kepada pelawak terkenal Indonesia, Sule yang dikenali sebagai Lina mengemukakan permohonan cerai.

Khabarnya, rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu sudah mulai goyah sejak 20 tahun usia perkahwinan lagi. Bahkan, mereka dikatakan sudah tidak tinggal sebumbung.

Sule yang terkenal melalui beberapa sitkom hiburan termasuk Opera Van Java dikatakan tinggal bersama empat anaknya sedangkan Lina memilih tinggal bersama ibu bapanya.

Dalam kemelut rumah tangga yang tengah panas jadi perhatian, Sule terus bungkam daripada mengeluarkan sebarang penjelasan. Bahkan, beliau masih memuatnaik gambar bersama isterinya di media sosial.

Diketahui rumah tangga Sule dan Lina semakin meruncing sejak akhir tahun lalu. Lina pula sudah kerap berulang ke Pegadilan Agama Cimahi, Jawa Barat bagi permohonan proses perceraian.

Kes perbicaraan pertama cerai dijangka ditetapkan pada 7 Jun depan.