Pelawak ACCAPAN meninggal dunia

PELAWAK terkenal Accapan atau nama sebenarnya Samynathan A/L Rethinam (63 tahun) telah meninggal dunia pada pagi ini. Takziah kepada keluarga beliau. Industri hiburan tanah air berdukacita atas pemergian pelakon yang popular melalui sitkom Pi Mai Pi Mai Tangtu ini.

Accapan.

Menurut Hafiz Nafiah Setiausaha Agung Seniman, “Anak bongsu mendiang iaitu Yhuveneshwary memberitahu bapanya menghembuskan nafas terakhir lebih kurang pukul 2.43 pagi di rumahnya dan di sisi keluarga. Anaknya mendakwa bapanya meninggal dunia akibat kegagalan buah pinggang. Upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumah beliau sekitar pukul 3 petang hari ini di alamat 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.”

Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam (53) dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan (31), Dhineshwaran Samynathan (28) dan
Yhuveneshwary Samynathan
(24).

Accapan telah banyak berlakon drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton. Tentunya para peminat akan merindui telatah beliau.