Pelakon Ruzzlan SHAH (Detektif Wong) Meninggal Dunia

Allahyarham Ruzzlan Shah popular dengan watak detektif Wong dalam siri drama Gerak Khas

Pelakon yang dikenali sebagai detektif Wong dalam siri drama Gerak Khas, Ruzzlan Shah Abdullah, dilaporkan sudah meninggal dunia melalui Instagram pelakon kacak bertubuh sedap Sharnaaz Ahmad.

Sharnaaz luahan rasa sedihnya dengan pemergian pelakon yang dipanggilnya Abang Lan Cina

Selain Sharnaaz, pelakon Sheera Iskandar dan  Salima Saibi juga berkongsi berita sedih itu.

Sheera Iskandar yang juga pelakon Gerak Khas meluahkan rasa sedih di instagramnya

Sharnaaz melalui Instagram meluahkan rasa sedihnya.

“Al Fatihah buat Abang Lan Cina. Seorang yang sangat penyabar, selalu bawak watak jahat dan kaki pukul, tetapi di dunia nyata beliau sangat humble dan sangat lembut budi pekerti, dan sangat taat pada perintah Allah.

“Beliau adalah abang Lan yang semua kami kenal.. Sebut abang Lan ja semua mesti happy sebab dia akan buat kita semua seperti berkeluarga.

“Terima kasih abang Lan atas tunjuk ajar dan teman kami di dunia pinjaman ini, sehingga kita berjumpa nanti abang Lan.

“Berehatlah abang Lan di sisi Maha Esa yang menjemput di hari Jumaat yang sangat mulia. Al Fatihah buat Abang Lan Cina.”

Begitulah luahan Sharnaaz Ahmad di instagramnya. MANGGA Doakan Allahyarham Ruzzlan Shah Abdullah tenang di alam sana. Sama-sama kita hadiahkan Al Fatihah. Amin…