Pelakon, Pelawak Zaibo Meninggal Dunia

Semoga Allahyarham tenang di alam sana. Amin..

Setiap permulaan pasti ada pengakhirannya. Begitu juga dengan manusia, pasti akan kembali menemui penciptanya.

PELAKON dan pelawak Zaibo meninggal pada pukul 1.05 tengahari ini akibat kanser esofagus.

President Yayasan Kebajikan Artis Malaysia (YKAT), Datuk DJ Dave mengesahkan hal berkenaan.

“Saya baru saja diberitahu oleh isteri  beliau sendiri, Puan Siti Hawa Syawal mengenai berita sedih ini.

” Zaibo meninggal dunia sekitar pukul 1.05 petang ini dan akan dikebumikan di Batu Pahat, Johor selepas Isyak malam ini,” katanya.

Sama-sama kita doakan arwah tenang di sana.

Takziah MANGGA ucapkan kepada seluruh keluarga Allaharham.
Teruskan layari manggamedia.com.my
#mangga #manggamedia #manggatv #bukansekadarhiburan #berenanguntukkesihatan

Facebook: Mangga Media
Instagram: @mangga.media