Pelakon Mengaku Salah Laku Serangan Seksual!

MACAM-MACAM hal berlalu di kalangan selebriti popular Kpop ini. Kalau tak disebabkan ptuus cinta, tak jadi kahwin ataupun melakukan serangan seksual disebabkan mabuk berat!

Khabar kurang menyenangkan dari dunia hiburan Korea Selatan apabila salah seorang aktor yang sedang meningkat naik, Lee Seo Won terbabit melakukan serangan seksual dengan menggunakan senjata terhadap salah seorang selebriti wanita.

Namun, atas faktor keselamatan, nama selebriti wanita terbabit dirahsiakan.

Petikan dari Soompi, 17 Mei, pada 8 April lepas, pihak berkuasa dari Balai Polis Seoul Gwangjin telah meminta Lee Seo Won untuk tampil bagi siasatan berhubung satu laporan serangan seksual.

“Mangsa yang membuat laporan ialah seorang selebriti wanita. Kami memandang serius kes ini dan meneruskannya.

“Dalam laporan, tertuduh dikatakan telah keluar minum dengan seorang selebriti wanita ‘A’ (nama samaran). Di waktu sama tertuduh cuba mencium mangsa namun ditolak.

“Merasa tidak senang dengan tindakan tertuduh, mangsa cuba menghubungi kekasihnya meminta bantuan. Namun tertuduh naik marah dan mengugutnya menggunakan senjata,” jelas wakil pihak berkuasa.

Setelah disoal siasat, ketika kejadian, tertuduh yang lahir pada tahun 1997 itu berada dalam keadaan mabuk, bahkan turut memaki pihak polis semasa ditahan.

Akibat daripada kejadian tersebut, pihak pengurusan Lee Seo Won iaitu Blossom Entertainment  telah mengeluarkan kenyataan berikut:

Halo. Ini Blossom Entertainment.

Kami dengan tulus meminta maaf kerana menyebabkan kekhuatiran khalayak mengenai insiden memalukan yang terkait dengan aktor, Lee Seo Won.

Pertama, kami tidak tahu tentang situasi ini sebelum kami menerima penjelasan lanjut melalui pihak media. Setelah berbincang dengan aktor kami untuk memahami kebenaran yang sebenarnya, kami mengetahui bahawa itu adalah sesuatu yang terjadi setelah dia minum alkohol pada pertemuan peribadi dengan seorang kenalannya (aktres’A’).

Tidak ada alasan yang dibuat-dibuat. Kami menundukkan kepala kami kepada semua orang dan mengungkapkan permintaan maaf kami. Kami minta maaf.

Saat ini, aktor Lee Seo Won telah mengakui kesalahannya dan sangat merenungkan kelakuannya yang menyebabkan kerisauan kepada pihak lain dan banyak orang kerana tindakannya yang salah.

Kami sekali lagi dengan tulus mengungkapkan permintaan maaf kami yang mendalam kepada semua orang, dan kami akan dengan tulus mengambil bahagian dalam penyelidikan yang akan datang. Kami minta maaf.