PASKAL The Movie Raih RM2 Juta Kutipan Hari Pembukaan!

PASKAL The Movie yang diterbitkan oleh Asian Tropical Films, GSC, Multimedia Entertainment, Granatum Ventures dan Astro Shaw mencipta sejarah tersendiri. Filem arahan Adrian Teh, PASKAL The Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM2 juta menerusi tayangan hari pembukaannya pada 27 September baru-baru ini.

PASKAL The Movie mengisahkan kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal dagang MT Bung Laurel daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.

Hairul Azreen dan Ammar Alfian.
Ammar Alfian

Diinspirasikan daripada kisah benar, filem yang penggambarannya dilakukan di Lumut, Perak, Semporna, Sabah dan Maghribi ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian, Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya Chin dan ramai lagi.

Jom ramai-ramai kita ke pawagam lagi selepas puas menonton Munafik 2, Hantu Kak Limah, Langsuir, dan One Two Jaga. Kali ini kita tonton pula PASKAL The Movie untuk sama-sama saksikan pertempuran di layar skrin pawagam! PASKAL The Movie ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei!