PASHA UNGU, AFGAN Pukau 5 Ribu Peminat

Afgan dan Pasha Ungu teruja hibur peminat dalam konsert skala besar di Stadium Malawati Shah Alam. FOTO: NOOREEZA HASHIM

PADUAN vokal Pasha, vokalis band Ungu bersama Afgan Syahreza ternyata membuai perasaan kira-kira 5 ribu peminat dalam konsert anjuran Popcorn Studio yang diadakan di Stadium Malawati Shah Alam, Selangor, Jumaat malam.

Afgan melagukan 12 lagu hit bermula dengan Rollercoaster, Pesan Cinta, Katakan Tidak, Kunci Hati, Jalan Terus dan Dia Dia Dia.

Tidak lupa lagu yang awal memikat hati peminat Malaysia, Terima Kasih Cinta, Bukan Cinta Biasa, Bawalah Pergi Cintaku, Panah Asmara serta single terbaharu berjudul X.

“Saya teruja dapat beraksi bersama teman-teman Ungu dalam konsert di pentas yang lebih besar. Ini akan menjadi salah satu sejarah dalam karier seni saya,” ujar Afgan.

Kemunculan semula Pasha bersama Ungu ternyata mengubat rasa rindu peminat. Ungu agak lama tidak muncul beraksi di Kuala Lumpur setelah dua tahun Pasha bergelar Walikota ( Ketua Daerah) di kawasan Palu, Sumatera.

“Rasa senang dapat kembali menghibur peminat di Malaysia. Kiranya persembahan dalam konsert ini hadiah buat semua peminat,” kata Pasha.

Lagu-lagu pilihan Ungu di konsert tersebut, Hampa Hatiku, Bila Tiba, Andai Ku Tahu, Aku Tau, Cinta Gila, Berteman Sepi, Percaya Padaku, Untukmu Selamanya serta lagu yang menaikkan nama mereka di sini, Tercipta Untukku dan Kekasih Gelapku.

Berikut beberapa foto menarik konsert Ungu dan Afgan:

Ungu masih belum hilang taring, dari kiri Oncy (pemain keyboard), Rowman (dram), Pasha (vokalis), Makki (gitar bes) dan Enda (gitar)
Afgan sentiasa tampil segak