“Orang Popular Ramai Alami Masalah Mental”- Robert Pattinson

SUDAH berada di puncak populariti, Robert Pattinson berani mengatakan kebanyakan selebriti kenalannya mengalami masalah mental dan gila! Kenapa?

Pattinson meraih populariti menerusi lima edisi filem jenama Twilight iaitu Twilight pada 2008, The Twilight Saga: New Moon (2009), The Twilight Saga: Eclipse (2010), The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 1 (2011) serta terakhir, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 (2012).

Melalui karakter puntianak bernama Edward Cullen, lima edisi Twilight karya novel Stephenie Meyer itu turut meledakkan nama Kristen Stewart sebagai Bella Swan serta Taylor Lautner (Jacob Black).

“Terus terang, beberapa orang popular yang saya kenal ternyata mengalami gangguan mental. Tak perlulah saya sebut nama mereka.

“Ianya disebabkan persekitaran populariti di mana kebanyakannya tidak mampu keluar dari lingkaran tersebut.

“Namun, saya cepat tersedar daripada hanyut dalam dunia popular kerana saya dikelilingi orang terbaik dalam hidup saya.

Robert Pattinson terkenal melalui karakter puntianak Edward Cullen dalam lima edisi Twilight

“Kita perlu teman-teman bagi mengharungi dunia popular Hollywood, kalau tidak nanti boleh gila!” Katanya seperti petikan dari The Hollywoodlife.

Sebelum popular sebagai puntianak tampan, Robert Pattinson lebih awal dikenali melalui watak Cedric Diggory, ketua pasukan Quidditch di filem Harry Potter And The Goblet of Fire serta Harry Potter And the Order of the Phoenix.

Adegan menarik dalam edisi terakhir, The Twilight Saga: Breaking Dawn Part 2 pada 2012