“Orang Nak Cop Saya Simbol Seks, Lantaklah!”- ELLY MAZLEIN

Perubahan pada dada yang membuak, Elly Mazlein dituduh buat pembedahan plastik. FOTO: ZULFAIZ ZAKARIA

KERANA perubahan penampilan yang dikatakan terlalu ‘membuak’ di bahagian dada, pelakon dan penyanyi Elly Mazlein disangka melakukan pembedahan payu dara.

Bahkan, ada yang menggelarnya simbol seks gara-gara penampilan menggiurkan terutama di bahagian dada itu.

“Kalau orang ramai nak kata saya simbol seks, lantaklah! Saya okey sahaja… pada saya itu hak masing-masing nak cakap apa pun.

“Mulut orang tak boleh nak tutup. Saya pula jenis tak tak cepat sensitif. Sebagai anak seni, kenalah biasa dengan semua kritikan.

“Payudara saya ori, tau… Mana ada buat bedah plastik,” jawab Elly kepada Mangga Media.

“Payu dara saya ori tau…”- ELLY MAZLEIN

Ibu tunggal kepada Putri Sara Sephia, 2, ini bagaimanapun mengakui masih menyusu anak dan disebabkan itu khalayak tersalah sangka.

“Saya rasa semua orang tahu anak masih menyusu badan. Jadi, mungkin kerana dada besar itu buat ramai salah sangka,” katanya sewaktu ditemui Mangga Media semasa pengumuman barisan Mentor dan Protege bagi program Mentor Otai yang berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada Selasa.

Elly Mazlein buat pertama kali menggalas tanggungjawab selaku hos bersama Haziq Hussni. Mentor Otai bermula Ahad ini, 18 Mac di TV3, pukul 9.00 malam.

Barisan mentor ialah Misha Omar, Siti Sarah Raissuddin, Zarul Husin dan Tam Spider. Masing-masing bakal beradu mempertaruhkan tiga protege setiap seorang bagi merebut hadiah kejuaraan bernilai RM100,000 ribu.

Mentor Otai bersiaran dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, Selangor turut menampilkan komposer, Edry Abdul Halim serta penyanyi, Mark Adam sebagai juri tetap.

Barisan tenaga penting merealisasikan program Mentor Otai.