Nora Beri Nama Bayi Mohamed Neqayl Nedim

 

Nora mengumumkan nama bayi lelakinya Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim.

SEPERTI dijanjikan dan tidak menunggu lama, suami pelakon Nora Danish, 36, iaitu Nedim Nazri berkongsi kegembiraan kepada para peminat dengan memuatnaik wajah bayi lelaki mereka yang digelar Ney Ney.

“Hello semua, bayi kami Ney Ney sudah selamat dilahirkan. Syukur Alhamdulillah… terima kasih Allah untuk anugerah indah ini seorang bayi lelaki,” tulis ahli perniagaan yang juga pemilik restoran makanan barat, N97 ini di akaun Instagram sebentar tadi.

Bintang filem Bukan Cinta Malaikat itu selamat melahirkan bayi lelaki kedua yang juga bayi sulung hasil perkahwinan dengan Nedim sekitar pukul 9.00 pagi.

Nora melahirkan bayi tersebut secara pembedahan di sebuah pusat perubatan swasta ibu kota.

Nora sebelum ini sudah memiliki seorang anak lelaki, Putra Rayqal Ramli, 9, hasil perkahwinan dengan bekas suami, Rizal Ashram Ramli.  Nedim turut memiliki seorang anak lelaki, Nedrin Nazri dari perkahwinan pertama.