Nick Jonas Sanggup Terbang Ke India Temui Ibu Priyanka Chopra

NAMPAKNYA hubungan asmara Priyanka Chopra dengan penyanyi Nick Jonas semakin serius. Tiada hal lah beza usia 10 tahun meski banyak mulut nakal mengecam hubungan cinta wanita berusia 36 tahun itu dengan ‘anak ikan’.

Khabar dari sumber terdekat seperti petikan portal E!Online, baru-baru ini angota kumpulan Jonas Brothers itu sanggup terbang ke India untuk menemui ibu kekasih hatinya.

Kedua-duanya dilihat keluar dating di kawasan Mumbai, India pada 24 Jun lalu. Bahkan di akaun peribadi Instagram, Nick Jonas memuatnaik video Priyanka sedang tertawa sambil meletakkan emoji tanda cinta.

Bintang siri popular Quantico itu telah memperkenalkan Nick kepada ibunya, Madhu Chopra. Sebelum itu, Nick membawa Priyanka menghadiri perkahwinan sepupunya di Atlantic City.

Gosip percintaan pasangan beza usia 10 tahun mulai menjadi buah mulut netizen setelah mereka dilihat mesra dan intim berjalan beriringan di karpet merah Gala MET 2017.

“Nick dan Priyanka seperti tidak mahu melepaskan genggaman erat tangan mereka sewaktu makan malam.

“Mereka berpelukan dan menikmati malam bersama di meja mereka,” kata satu sumber kepada E!Online.