Nazim, Bella Umum Berpisah…

SEGALA teka-teki mengenai perkahwinan pasangan pelakon popular Nazim Othman dengan Bella Dally terjawab apabila mereka mengumumkan rumah tangga yang dibina lebih setahun lalu tidak dapat dipertahankan lagi.

“Dengan rasa berat hati dan dukacita saya ingin memaklumkan bahawa di atas persetujuan bersama, perkahwinan saya dan Bella telah berakhir.

“Saya dan Bella ingin mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih atas doa-doa yang baik untuk kami selama ini.

“Sesungguhnya segala keindahan itu datang daripadaNYA dan segala kekurangan itu hadir atas kekhilafan kami sebagai manusia biasa.

“Allah Maha mengetahui, Maha pengampun lagi Maha penyayang,” luah Nazim seperti petikan dari posting yang dimuatnaik di akaun Instagram miliknya sebentar tadi.

Sejak tahun lepas lagi kemelut rumah tangga pasangan ini menjadi bahas hangat apabila model dan duta sebuah jenama tudung terkenal itu bertindak memadam semua gambar mereka berdua.

Kemudian, rumah tangga mereka dilihat kembali bahagia sehinggalah baru-baru ini kedua-duanya keluar bercuti berasingan.

Bella khabarnya berlibur di Bangkok, Thailand bersama dua sahabat selebritinya, baru-baru ini, juga tanpa disertai Nazim.

Berita perpisahan yang diumum di bulan penuh berkat Ramadan turut mendapat respon kalangan teman artis lain yang mendoakan Nazim serta Bella tabah berhadapan kegagalan rumah tangga.

Posting dimuatnaik oleh Nazim di Instagram sebentar tadi.