NADIA HASNAN (AF) Bawa Diri Ke Mana Tu?

Ramai peminat rindukan nyanyian Nadia Hasnan

Sudah lama MANGGA tak dengar khabar penyanyi dan pengacara Nadia Hasnan ni. Walaupun kurang mendapat publisiti media, sebenarnya Nadia sibuk dengan bidang pengacaraan. Alhamdulillah…

Jadi MANGGA nak cerita kisah Nadia yang ‘bawa diri’ ke tempat-tempat menarik melalui rancangan 3 Ke 5 Jer  (13 episod) yang bersiaran mulai 24 November lalu, setiap Sabtu, pukul 12.30 tengah hari di TV1.

Mengekalkan hos Nadia Hasnan, travelog 13 episod ini yang menerima sambutan baik daripada penonton menerusi musim pertamanya kembali untuk musim kedua dengan memperkenalkan lokasi yang lebih indah lagi dengan konsep sama, bermodalkan bajet antara RM300 hingga RM500, anda berpeluang bercuti ke destinasi percutian menarik dalam negara pilihan anda.

Pelbagai aktiviti mengujakan dikongsikan Nadia ketika berada disesebuah lokasi pilihan selain menonjolkan situasi indah pulau, kampung mahu pun masyarakat setempat yang menyambut baik kehadirannya mempromosikan persekitaran mereka.

Lokasi pertama dikunjungi Nadia iaitu Pulau Tioman. Sebelum itu Nadia membeli tiket feri di Mersing Harbour Centre, untuk sampai ke destinasi pulau tersebut yang memakan masa beberapa jam.

Di sana Nadia berkongsi dengan penduduk setempat aktiviti menghasilkan dan menjual bubu yang dijadikan sumber pendapatan. Seterusnya Nadia melakukan aktiviti mendaki Gunung Naga juga aktiviti snorkling dan menikmati pemandangan indah Air Terjuh Asah.

Nadia di Jeti Kg. Menteri Kuala Sepetang berkongsi dengan nelayan tentang hasil tangkapan udang.

Sementara itu di Pulau Redang pula Nadia menghabiskan masa tiga hari dua malam di Kuala Sepetang dengan melakukan aktiviti melihat burung helang, dengan menaiki bot. Juga sekiranya bernasib baik melihat ikan lumba-lumba.

Nadia juga berpeluang melihat aktiviti di perkampungan nelayan. Pada masa sama aktiviti Nadia di Jeti Kg. Menteri Kuala Sepetang berkongsi dengan nelayan tentang hasil tangkapan udang.

Di sini juga dia berkongsi info tentang pembuatan arang di Kilang Arang Kuala Sepetang. Begitu juga kunjungannya di Muzium Matang berkongsi info menarik tentang muzium tersebut.

Musim kedua ini juga membawa penonton menikmati keseronokan bercuti di Ayer Hitam, Johor berbekalkan modal sebanyak RM300 hingga RM500 seperti yang telah diperuntukkan.

Nadia menginap di UK Farm Agro Resort dan meluangkan masa memberi makan kepada haiwan ternakan termasuklah kambing, itik, ayam juga burung unta.

Hos Nadia Hasnan di muzium ketika penggambaran di Kuala Sepetang

Di sebelah malam pula Nadia berpeluang melakukan aktiviti menerbangkan tanglung yang dilakukan secara beramai-ramai. Menarik juga dikongsikan kunjungan Nadia ke Felda Ayer Hitam untuk melihat aktiviti masyarakat setempat dan membeli hasil produk tempatan.

Ikuti banyak lagi lokasi yang diterokai Nadia untuk dikongsikan bersama penonton RTM dalam keseluruhan 13 episod program ini. Siapa kata nak melancong memerlukan modal yang mahal? Program ini pastinya membantu anda bercuti dengan kos yang berpatutan.

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Teruskan bersama MANGGA ya!