Nabila Huda Teruk Dibelasah Fizz Fairuz

MELIHAT satu rakaman video dimuatnaik aktres Nabila Huda di akaun peribadinya, yang teruk dibelasah menggunakan tali pinggang oleh aktor, Datuk Fizz Fairuz, rasa ngeri, sakit hati, geram dan kasihan.

“Dia main tali pinggang pula… Murad… Murad, neraka jahanam tempat kau. Tiada syurga lagi di bawah tapak kaki kau…

“Jangan terpedaya dengan drama kesakitan saya ini. Kasihanlah pada Encik Fizz kita itu sebab dia pukul tangan dia sendiri,” begitu tulis aktres berkaliber ini mengenai drama yang sedang menjalani proses penggambaran berjudul Kamar Kamariah.

Drama arahan Raja Ahmad Alauddin ini bakal disiarkan dalam slot Zehra TV3 tidak lama lagi.

Fizz Fairuz pasti menjadi kebencian peminat memegang watak suami panas baran dan kaki pukul bernama Murad, terhadap isterinya yang selalu dianiaya, Kamariah lakonan mantap Nabila.

Perjalanan drama ini menunjukkan karakter Kamariah dari usia muda sehingga tua.  Watak anak sulungnya, Qhalif, lakonan Syafie Naswip.

Tak sabarnya nak tonton drama belasah membelasah ini!

Datuk Fizz Fairuz dan Nabila Huda sebagai suami isteri dalam drama Kamar Kamariah.

 

Karakter Kamariah oleh Nabila Huda dari usia muda sehingga tua bersama watak anak sulungnya, Qhalif dibawakan, Syafie Naswip.