Mudik Lebaran, Ariel Noah Mahu Bersama Anak

MUDIK, menurut bahasa Indonesia adalah pulang beraya ke kampung. Vokalis band Noah, Ariel atau nama sebenarnya, Nazril Irham, 37, awal-awal sudah merancang untuk mudik ke kampung halamannya di Bandung, Jawa Barat.

“Lebaran adalah saatnya spend time bersama keluarga. Kami sekeluarga ngak ada tradisi tertentu, yang penting dapat berkumpul.

“Tiada sebarang perancangan istimewa. Tetapi saya mahu bersama anak, mahu bawa dia bercuti nanti selepas beraya di Bandung,” ungkap mantan pacar supermodel Sophia Latjuba ini.

Satu-satunya anak perempuan beliau, Allea Anata Irham, hasil perkongsian hidup dengan bekas isteri. Meski sudah lama bercerai, hubungan Ariel dengan bekas isteri masih baik.